Jun 27, 2018

TAKLIMAT PEMAKANAN SUKAN - PERLIS

TARIKH : 26 Jun 2018
TEMPAT : Bilik Taklimat Asrama MSN Perlis
MASA : 8.30 malam - 10.00 malam
KEHADIRAN: Encik Fitri
                        Encik Dzulfifi
                        JSM USPTNPs -  Cik Nuraznisya
                          
ATLET : 19 orang atlet (L/11, W/8)

ULASAN
1.     Taklimat pemakanan sukan semasa kejohanan ini diberikan oleh Cik Sabrina daripada ISN Zon Utara.
2.     Taklimat ini dijalankan secara berfasa kepada semua atlet elit dan pelapis di Negeri Perlis dan sukan yang mengambil bahagian untuk taklimat malam ini ialah sukan berbasikal, petanque dan pencak silat.
3.      Taklimat seperti ini membantu memberi ilmu pengetahuan kepada atlet berkenaan pengambilan makanan semasa kejohanan terutama untuk kejohanan besar yang akan disertai seperti SUKMA Perak XIX 2018.
4.      PKU dan PPN juga berbincang bersama pegawai ISN dan mencadangkan pihak ISN memberi taklimat pemakanan secara terus di pusat latihan memandangkan pusat latihan di Negeri Perlis berada dalam kawasan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Sekian, terima kasih.

--
MOHD FITRI BIN AZMI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated