Dec 26, 2013

LAPORAN KEM TAHUNAN PELAPIS NEGERI PERLIS 2013

TARIKH           : 17 - 19 Disember 2013
TEMPAT          : Tasoh Lake Resort

KEHADIRAN

  1. Pegawai Pembangunan Negeri (PPN)
  2. Kakitangan MSNPS
  3. Pegawai Institut Sukan Negara (ISN)
  4. Atlet Pelapis Negeri
  5. Jurulatih Pelapis Negeri
ULASAN

1.    Kem Tahunan Pelapis Negeri Perlis 2013 ini telah disertai oleh atlet pelapis Negeri Perlis yang menjadi sasaran untuk mewakili Negeri Perlis di SUKMA 2016 nanti.

2.    Seramai 50 orang atlet telah menyertai kem ini iaitu 38 orang atlet lelaki dan 12 orang atlet wanita. 

3.    Objektif Kem tahunan ini adalah untuk memupuk kerjasama dan membina semangat atlet-atlet pelapis Negeri Perlis. Kem ini juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim diantara satu sama lain sebagai satu keluarga.

4.    Tiada sebarangan pemasalahan atau kecederaan serius berlaku sepanjang kem ini berlangsung.

5.    Berikut merupakan tentatif program untuk Kem Tahunan Atlet Pelapis NEgeri Perlis :-

17 Disember 2013 (Selasa)

0830 - Pendaftaran dan Ice Breaking
1200 - Makan tengahari dan Solat Zohor
1400 - Pergerakan ke Timah Tasoh
1600 - Check in dan Solat Asar
1645 - Sesi Suaian Fizikal
1900 - Makan malam/Solat Maghrib berjemaah
2030 - Sesi Pemakanan Sukan
2230 - Minum malam

18 Disember 2013 (Rabu)

0600 - Solat Subuh berjemaah
0630 - Perhimpunan dan senaman pagi
0730 - Sarapan pagi
0830 - Treasure Hunt/Minum pagi 
1200 - Makan tengahari dan solat subuh
1400 - Sesi Kecederaan dalam sukan dan Rawatan
1600 - Minum petang dan solat asar
1645 - Latihan dalam kumpulan 4
1900 - Makan malam/solat maghrib berjemaah
2030 - Malam Seribu Bintang
2300 - Minum malam

19 Disember 2013 (Khamis)

0600 - Solat Subuh berjemaah
0630 - Perhimpunan dan senaman pagi
0730 - Sarapan pagi
0830 - Talent Confirmation/Minum pagi 
1200 - Majlis Penutup dan makan tenghari
1400 - Pergerakan pulang

Sekian, Terima kasih.



Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated