Jan 13, 2014

LAPORAN PERJUMPAAN PKU/PPN/ISNPs BERSAMA JSM ANGKAT BERAT

TARIKH            : 7 Januari 2014
TEMPAT           : Bilik Mesyuarat MSNPs
MASA               : 11.00 pagi

KEHADIRAN

1) PKU Mahazir Baharom
2) Ketua Unit Pusat Satelit ISN Perlis Cik Azimah Ahmad
3) Pegawai Suaian Fizikal Pusat Satelit ISNPs Cik Raja Shah Zuryani 
4) PPN Akmal Syarifuddin Ahmad
5) JSM Rosli Othman
6) JSM Mohd Faiz Musa

ULASAN

1.         Perjumpaan diadakan diantara 3 pihak bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan atlet SUKMA dan atlet pembangunan sukan angkat berat.

2.         Pihak ISN telah bersetuju untuk menjadikan sukan ini sebagai sukan di bawah jagaan ISN sepenuhnya dari segi pemakanan,latihan dan sebagainya.

3.         Atlet yang bekerja akan diberikan surat pelepasan kerja dengan perbincangan antara pihak MSNPs/USPTNPs dan jabatan kerajaan yang terlibat.

4.         ISN juga akann membekalkan makanan tambahan kepada atlet SUKMA Perlis sebagai langkah persediaan awal. Penyediaan makanan juga adalah di bawah seliaan ISN dan JSM untuk memastikan atlet mendapat nutrien yang bagus.

5.         Sistem profil atlet akan diwujudkan untuk rujukan pihak ISN sebagai langkah memantau peningkatan atlet sepenuhnya dari segi periodisasi akan dipantau oleh pihak ISN dan JSM perlu mematuhi kepada jadual tersebut.

6.         10 orang atlet telah disenarai pendek untuk program ini manakala atlet pembangunan lain akan diserap berdasarkan kepada peningkatan dari masa ke semasa.

Sekian,terima kasih.

 

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated