Oct 21, 2014

BENGKEL PROGRAM KEJURULATIHAN PENGGALAKKAN SUKAN ( PPS ) HARI KEDUA


Tarikh : 20 Oktober 2014 (Isnin)
Masa  : 8.30am - 5.00 pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari kedua bengkel, bagi sukan Berbasikal penambahan 2 orang jurulatih Perlis menjadikan jumlah jurulatih seramai 4 orang.

Program pada sesi pagi dan sesi petang lebih tertumpu di dalam Program Penyediaan Modul Latihan Asas mengikut sukan. Penyediaan modul latihan asas diketuai oleh Ketua Jurulatih mengikut Sukan iaitu sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga.

Penyediaan modul latihan asas ini melibatkan penglibatan jurulatih-jurulatih PPS mengikut sukan-sukan yang terlibat. Modul-modul latihan yang dibincangkan akan dijadikan modul latihan yang bersesuaian dengan program latihan Program Penggalakan Sukan (PPS).

Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama diharap mencapai objektif perlaksanaan Bengkel ini.

Sesi hari ketiga dan hari terakhir akan bersambung pada 21 Oktober 2014 jam 9.00 pagi.
 
Sekian.
--
NUR AMALINA BT ADZNAN
PPN USPTN PERLIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated