Oct 20, 2014

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN PELAYARAN 2014

TARIKH          : 11-12 Oktober 2014
TEMPAT         : Pusat Latihan Air, Timah Tasoh
MASA             : 8 pagi - 6 petang

KEHADIRAN

1.     JSM Rohaizat

2.     PPN Muhamad Nizam

3.     PKU Mahazir Baharom

4.     Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis

5.     Ahli Persatuan Pelayaran Negeri Perlis

6.     66 orang atlet (28 wanita, 38 lelaki)

UJIAN

Tiada

LATIHAN

Tiada

PERTANDINGAN

Tiada

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN


1.         Klinik Pengenalan Sukan Pelayaran 2014 ini bertujuan untuk menarik minat khususnya pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai sukan air ini. Ianya juga bertujuan untuk menambah dan menyerap masuk atlet baru bagi sukan pelayaran untuk berada dibawah Program Pelapis Negeri.

2.         Klinik ini dijalankan selama dua hari bermula dari 11 Oktober (sabtu) dan berakhir pada keesokkan hari nya 11 Oktober (ahad) yang bertempat di Kompleks Sukan Air, Timah Tasoh.

3.         Pada awalnya, penyertaan hanya terbuka kepada 30 orang peserta terawal sahaja namun ternyata klinik ini mendapat sambutan dari beberapa buah sekolah berhampir dengan kehadiran 66 orang peserta (28 wanita dan 38 lelaki).

4.         JSM Rohaizat yang dibantu oleh beberapa ahli Persatuan Pelayaran Negeri Perlis dan beberapa orang atlet Pelapis Negeri telah menjalankan program ini dengan jayanya.

5.         Pada hari pertama selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, JSM Rohaizat menerangkan sejarah pelayaran di Negeri Perlis dan memberi ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sukan ini seperti alat-alat yang digunakan, ikatan, ciri-ciri keselamatan, cara memasang dan menyediakan bot dan lain-lain. Selepas rehat dan makan tengahari, demontrasi di tasik yang dilakukan oleh atlet Pelapis Negeri diadakan untuk memberi gambaran kepada peserta berkenaan sukan air ini.

6.         Pada hari kedua, aktiviti "water confident" diadakan untuk memberi keyakinan kepada peserta kerana sukan ini dimainkan dikawasan yang dipenuhi air. Selepas tamat sesi tersebut, peserta diberi peluang untuk mengemudi bot kecil iaitu bot optimist dengan dibantu oleh atlet Pelapis Negeri dan JSM sendiri.

7.         Cuaca hujan pada hari pertama tidak menjejaskan klinik ini dijalankan dan tiada sebarang kecederaan berlaku sepanjang klinik ini dijalankan.

Sekian, terima kasih.

 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated