Dec 11, 2014

LAPORAN HARI KEEMPAT KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL T20

TARIKH : 10 Disember 2014
TEMPAT : Hotel Seri Petaling

KEHADIRAN
1. PPN Akmal Syarifuddin Ahmad
2. JSM Nishanthini Suresh
3. Atlet :
- Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham
- Sunan Promwichit Wirach
- Arianna Promwichit
- Muhd Amirul Aizad Md Nizam (Terlibat bersama Kem ACC)

ULASAN 
1. Hari ini hari keempat kem semua atlet telah berkumpul dan bergerak ke velodrom seawal jam 7 pagi. Latihan hari ini masih lagi menekankan aspek warming up di dalam trek yang sangat penting bagi setiap atlet.

2. Selepas selesai warming up selama 45 minit sua atlet diberikan penerangan untuk sesi latihan flying 100m dan standing seated start oleh En. Soud.

3. Selesai sesi tersebut, atlet diberikan penerangan mengenai taktik bagi acara team sprint di mana semua atlet diajar cara yang betul cara untuk swing dan kawasan dan jarak yang betul untuk swing semasa perlumbaan. Hasil daripada berikut dapat menunjukkan bahawa ada diantara atlet yang tidak pernah bertanding dan ada juga yang selalu melalukan kesilapan ketika bertanding bagi acara tersebut. Seterusnya,atlet diajar pula dengan taktik team pursuit. Terdapat juga atlet-atlet melakukan kesalahan kerana di peringkat umur bawah 15 acara ini tidak dipertandingkan. Ini merupakan pendedahan yang baik untuk semua atlet. 

4. Pada sesi sebelah petang latihan diteruskan di velodrom dengan latihan petang ini menekankan aspek taktikal team sprint kepada semua atlet. 

5. Sebelah malam diadakan team building dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama atlet peringkat umur 15 tahun ini. Sesi malam ini berakhir jam 10 malam. 

Sekian,terima kasih.




















No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated