Dec 7, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL T20

TARIKH : 07 Disember 2014
TEMPAT : Hotel Seri Petaling

KEHADIRAN
1. PPN Akmal Syarifuddin Ahmad
2. JSM Nishanthini Suresh
3. Atlet :
- Nur Nazarul Nazmir Nur Hisham
- Sunan Promwichit Wirach
- Arianna Promwichit
- Muhd Amirul Aizad Md Nizam (Terlibat bersama Kem ACC)

ULASAN 

1. Atlet Perlis hari ini tiba di hotel sekitar jam 2.00 petang dan terus mendaftar di lobi hotel. Kesemua atlet dihantar oleh JPM Affendi.

2. Taklimat kem dijalankan bermula jam 3 petang dan taklimat ini dipengerusikan oleh En. Giam Fook Pang dan Encik Soud Hussin, Ketua Jurulatih Berbasikal PK. Dalam penerangan En. Soud, beliau banyak menekankan soal disiplin atlet ketika berada di kem ini serta aspek keselamatan ketika menjalani latihan di atas jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. 

3. Sesi seterusnya diteruskan dengan tajuk Bike Fit Practical. Penerangan berkaitan tajuk ini disampaikan oleh Encik Zamani Jurulatih dari Akademi Serantau Zon Utara. Dalam sesi penerangan beliau banyak menerangkan berkenaan penyesuaian pelumba dengan basikal. Turut ditekankan juga adalah cara pengiraan gearing,cara kayuhan yang betul dan sebagainya. 

4. Pada sebelah malam, sesi penerangan kedua adalah berkenaan acara dalam trek yang disampaikan oleh JSM Negeri Kedah En. Ghaffuan Ghazali. Dalam sesi penerangan beliau menerangkan lebih lanjut dari segi penggunaan gearing bagi junior dan senior dan acara-acara yang dipertandingkan dalam trek. Juga diterangkan adalah acara dalam trek jika trek tersebut berukuran 400m atau 250m. Dalam penerangan tadi juga ada menekankan berkenaan setiap acara yang dipertandingkan dan cara-cara yang selamt ketika berlumba. 

5. Sesi malam ini akan bersambung pada esok hari. 

Sekian,terima kasih.









No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated