Jun 25, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS NEGERI PERINGKAT ZON UTARA SIRI 02/2015 - PERLIS

TARIKH                        : 12 – 14 Jun 2015
TEMPAT                       : 
MSN Kedah, SMK Alor Janggus dan SMK Tunku Anum
MASA                           : 
8.00 Pagi – 7.00 Petang

KEHADIRAN
1)     Pemangku Ketua Unit USPTNPs
2)     4 orang Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTNPs
3)     11 orang JSM Negeri Perlis
4)     82 Atlet Pelapis Negeri Perlis (68 lelaki dan 14 wanita)
PERTANDINGAN

Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 02/2015
KEPUTUSAN PENUH NEGERI PERLIS SAHAJA
KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT SUKAN
BIL
SUKAN
EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH
1
ANGKAT BERAT
8
3
6
17
2
OLAHRAGA
5
7
8
20
3
TINJU
2
5
1
8
4
SEPAK TAKRAW
0
1
2
3
5
MEMANAH
0
0
0
0
JUMLAH
15
16
17
48


ULASAN
1.         Ini merupakan Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 2/2015 yang diadakan di Kedah Darul Aman bermula dari 12 Jun hingga 14 Jun 2015. 5 sukan dipertandingan dalam kejohanan kali ini iaitu Angkat Berat, Sepak Takraw, Olahraga, Tinju dan Memanah. Kontinjen Negeri Perlis dengan kekuatan penuh seramai 82 orang atlet, 11 orang jurulatih dan 5 orang pegawai telah menyertai kejohanan ini.
2.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis kecuali sukan memanah. Sukan Angkat Berat dan Olahraga menjadi penyumbang pingat utama bagi kejohanan kali ini dengan masing-masing menyumbang 8 emas, 3 perak dan 6 gangsa bagi sukan Angkat Berat dan 5 emas, 7 perak dan 8 gangsa bagi sukan Olahraga. Manakala sukan tinju menyumbang 2 emas, 5 perak dan 1 gangsa. Sukan Sepak Takraw pula menyumbang 1 perak dan 2 gangsa. Menjadikan keseluruhan pingat bagi kontijen Negeri Perlis adalah sebanyak 15 emas, 16 perak dan 17 gangsa.
3.         Cuaca sepanjang kejohanan berlansung agak baik pada sebelah pagi dan mula panas terik pada sebelah petang. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.
4.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah USPTN Kedah diatas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Atlet akan cuba untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan jika terpilih ke Grand Final nanti, mereka akan mempamerkan persembahan yang terbaik.
Sekian, terima kasih.

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated