Apr 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN DAN KEJOHANAN DALAMAN ANGKAT BERAT PERLIS

TARIKH            : 09.04.2016
TEMPAT           : Gimnasium Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA               : 08.00 Pagi
KEHADIRAN
1)  JSM Rusli Othman
2) JSM Mohd Faiz Musa
3) JSM Fatin Atikah Binti Osman
4) JSM Mohd Faiz Musa ( PLD )
5) JSM Ku Azarul Ku Othman ( PLD )
Atlet : 47 orang atlet (33 L, 14 W )

ATURCARA
~ 08.00 - 08.30 Pagi - Pendaftaran atlet dan timbang berat badan
~ 08.45 - 10.00 Pagi - Kategori Wanita ( SNATCH )
~ 10.00 - 11.00 Pagi - Kategori Wanita ( CLEAN & JERK )
~ 11.00 Pagi - 01.00 Tgh - Kategori Lelaki ( SNATCH )
~ 01.00 Tgh - 02.00 Ptg - REHAT ( Solat )
~ 02.00 Ptg - 05.00 Ptg - Kategori Lelaki ( CLEAN & JERK )
~ 05.00 Ptg - 06.00 Ptg - PENYAMPAIAN HADIAH

UJIAN
- Ujian Angkatan 

PERTANDINGAN
- Kejohanan Remaja Kebangsaan dan Kejohanan Bakat 2016

PERALATAN
Yang sedia ada

KECEDERAAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
- Kejohanan Dalaman dan Ujian Angkatan ( 09.04.2016 )

ULASAN
1. Kehadiran atlet Kejohanan dalaman adalah seramai 47 orang, 33 orang atlet lelaki dan 14 orang 
    atlet wanita. Semua atlet yang terlibat adalah berumur 12 - 16 tahun.
2. Kejohanan Dalaman ini bertujuan untuk memberi pededahan pertandingan kepada atlet untuk 
    menyertai Kejohanan Bakat di Terangganu dan Kejohanan Remaja Kebangsaan nanti.
3. Siri ke 2 Kejohanan Dalaman akan diadakan pada penghujung bulan Jun 2016, Siri 3 pada Ogos 
    2016 dan Siri 4 pada November 2016. Kejohanan Dalaman ini juga akan diteruskan untuk 
    tahun-tahun seterusnya dan menjadi acara tahunan program USPTNPs/MSNPs untuk mencari 
    bakat-bakat baru di Negeri Perlis.      
4. Terima kasih kepada semua waris kerana ramai datang memberi sokongan dan dorongan kepada 
​​    anak-anak.
5. Terima kasih​ juga kepada MSNPs  memberi peruntukan kewangan untuk penyedian hadiah untuk
    Kejohanan Dalaman tersebut.
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon b. Mat Dan







No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated