Jan 27, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL - PERLIS

TARIKH                        : 21 Januari 2017
TEMPAT                       : Kompleks Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 5.00 petang

KEHADIRAN

1)     JPM Afandi Abdullah

2)     JSM Nuraznisya binti Alin

3)      PPN Dzulfifi Hafiz Bin Mamat

4)     6 orang atlet lelaki senior ( JPM Affandi)

        12 orang atlet pelapis (JSM Nisya)

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

Elit - Motor Pacing (60 km)

Pelapis - Easy Ride (30km)

PERTANDINGAN

Kejohanan Tertutup Negeri Perlis

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.           Kehadiran adalah amat memuaskan pada sesi latihan kali ini dengan kehadiran seramai 6 orang atlet elit dan 12 orang atlet Pelapis ( 8 lelaki, 4 wanita). Atlet Elit menjalani latihan Motor Pacing di sepanjang Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun manakala pasukan Pelapis melakukan kayuhan Easy Ride di sekitar Sungai Batu Pahat.

2.            Secara keseluruhannya, latihan adalah mengikut perancangan sepertimana yang telah dirancang oleh jurulatih. JSM Nisya menggantikan JSM Narissara melatih atlet Pelapis wanita kerana JSM Narissara tidak menghadirkan diri.

 Sekian, terima kasih.

DZULFIFI HAFIZ BIN MAMAT
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated