May 22, 2017

PEMANTAUAN KEJOHANAN TERTUTUP SUKAN BOLING PADANG SIRI 1/2017 - PERLIS

TARIKH : 20 - 21 Mei 2017
TEMPAT
 : Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
MASA
 : 8.00 pagi - 6.45 petang
KEHADIRAN
 JSM USPTNPs - Kamis Bin Harun
                        JSM USPTNPs - Saifulnizam Bin Ishak
                       
ATLET : 15 orang atlet (7 L / 8 W)

PERTANDINGAN
Kejohanan Sukan Boling Padang Triple Tertutup Negeri Perlis Siri 1/2017 

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN

1.     Sebanyak 15 pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini dan 5 daripada pasukan tersebut adalah pasukan pelapis negeri.
2.      Atlet pelapis menunjukkan prestasi yang cemerlang terutama atlet lelaki yang berjaya mendapat tempat pertama dalam kejohanan ini.
3.      Penganjuran kejohanan dalaman ini mencapai objektif dengan berjaya memberi pengalaman dan situasi sebenar kejohanan kepada atlet ketika berdepan dengan pihak lawan yang lebih berpengalaman.
4.      Pendedahan-pendedahan seperti kejohanan dalaman ini penting untuk menarik minat atlet untuk kekal lama dalam sukan boling padang tersebut serta memberi situasi sebenar kejohanan kepada atlet dan jurulatih juga boleh melakukan penilaian prestasi atlet semasa kejohanan dalaman tersebut.

Sekian, terima kasih.

--
MOHD FITRI BIN AZMI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS

Virus-free. www.avg.com

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated