Mar 23, 2013

MESYUARAT DI SMK ABI - AFTER SCHOOL PROGRAM 2013 (ANGKAT BERAT & BERBASIKAL)




Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : SMK Abi
Masa : 10 pagi

KEHADIRAN

1. PKU En. Mahazir Baharom
2. PPN En. Akmal Syarifuddin Ahmad
3. PPN En. Shairul Ambri Salim
4. En. Hamran Jantan - Pen. Kanan Kokurikulum SMK Abi
5. En. Muhamad Nabil Abd. Manaf

ULASAN

Perjumpaan antara 2 pihak membicangkan beberapa isu antaranya melibatkan majlis penyerahan rasmi tempat latihan antara pihak MSN Perlis dan pihak sekolah. 

Isu kedua yang dibincangkan adalah kemudahan tempat latihan yang telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif sendiri untuk memasang kunci untuk memastikan kemudahan tersebut dijaga rapi.

Isu-isu lain yang telah dibincangkan termasuklah peralatan angkat berat untuk sesi latihan. Pihak USPTN degan kerjasama JSM akan menghantar keperluan tersebut berperingkat-peringkat dengan bantuan dari pihak MSN Perlis.
Pihak sekolah juga bersetuju untuk menempatkan atlet angkat berat di asrama sekolah jika mendapat persetujuan pihak ibubapa.

Untuk sukan berbasikal, pihak sekolah bersetuju untuk menempatkan beberapa kemudahan baru untuk pelan jangka panjang selepas bangunan veledrom siap dibina di Perlis. Pihak USPTN dalam perancangan untuk menjadikan SMK Abi sebagai salah satu projek di bawah 'After School Program' di mana kesesuaian sekolah tersebut yang berdekatan dengan veledrom yang bakal siap kelak.

Perbincangan antara dua pihak akan diteruskan lagi bagi menambahkan lagi atlet berpotensi dalam sukan Angkat Berat & Berbasikal di Negeri Perlis.

Sekian. Terima kasih

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated