Nov 16, 2013

LAPORAN KEM BAKAT MEMANAH SIRI 2/2013 - Hari Ketiga

TARIKH          : 15 November 2013
TEMPAT         : MSN Keramat
MASA             : 8 pagi - 10 malam

KEHADIRAN

1.    Keseluruhan : 21 atlet lelaki dan 19 atlet wanita
2.    6 orang JSM Negeri
3.    2 orang atlet Kebangsaan
4.    1 orang Ex-Olimpian
5.    4 orang SDO
6.    1 orang Pegawai MSN
7.    1 orang pelajar praktikal

UJIAN

Tiada

LATIHAN

1.   Latihan asas.

PERTANDINGAN

Kem Bakat Memanah Siri 2/2013.

KECEDERAAN

Tiada

ULASAN

1.    Hari ketiga kem bakat. Jurulatih memeriksa dan memperbaiki alatan memanah para atlet.

2.    Cuaca hujan di sebelah pagi menyukarkan aktiviti luar dijalankan dan terpaksa di tangguhkan buat seketika. Selepas hujan reda, aktiviti dijalankan semula.

3.    Jurulatih turut memberi tips dan membetulkan kesalahan yang dibuat oleh para atlet semasa mereka memanah.

4.    Pada sebelah malam, satu kelas motivasi dijalankan yang dikendalikan oleh panel jemputan iaitu Puan Rozzi yang bertajuk 'Mind Power'.

5.    Berikut merupakan tentatif program pada hari ketiga.

0630 - Solat, perhimpunan pagi dan sarapan pagi.
0800 - Basic Shooting Technique (Teori).
1000 - Minum pagi.
1030 - Basic Shooting Technique (Teori).
1230 - Makan tengahari, solat dan rehat.
1400 - Basic Shooting Technique (Amali).
1600 - Minuman dan solat.
1630 - Basic Shooting Technique (Amali).
1915 - Makan malam dan solat.
2030 - Motivasi Talk.
2200 - Minum malam.

 

Muhamad Nizam Bin Alang Karim
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated