Nov 6, 2013

LAPORAN TID 2013 PERLIS




Tarikh : 30 & 31 Oktober 2013
Tempat : Arena Futsal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

KEHADIRAN

1. Pegawai Institut Sukan Negara Malaysia (ISN)

2. Staff/kakitangan USPTNPs/MSNPs

3. JSM sukan pelayaran,renang,berbasikal dan angkat berat.

4. Kehadiran pelajar adalah seramai 195 orang yang dibahagikan kepada 2 hari ujian dijalankan.

UJIAN

- Ujian yang dijalankan adalah mengikut kepada sukan yang ditetapkan. Antaranya:-
   1. Vertical Jump
  2. Sit and Reach
  3. 7 level Sit Up
  4. Briging Test
  5. Bleep/Yoyo Test
  6. BMI measure
  
ULASAN 

1. Program ini diadakan selama dua hari berturut-turut yang melibatkan 9 jenis sukan dijalankan pada 30 Oktober 2013 sukan renang,tinju,pelayaran,memanah,lawn bowl manakala sukan angkat berat,olahraga, berbasikal dan gimrama diadakan pada 31Oktober 2013.

2. Sebanyak 17 buah sekolah yang terdiri daripada 12 buah sekolah rendah kebangsaan/sekolah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan cina telah menghantar pelajar untuk menjalani pemilihan kali ini. Manakala hanya 5 buah sekolah menengah kebangsaan turut menhantar pelajar walaupun ada diantara sekolah tersebut menjalani peperiksaan akhir tahun.

3. Purata umur pelajar yang hadir ke program ini adalah berusia 14 tahun dan ke bawah di mana penyertaan paling ramai direkodkan adalah dari SMK Derma seramai 67 orang. Kebanyakan pelajar tersebut menjalani pemilihan untuk sukan memanah seramai 40 orang dan berbasikal seramai 16 orang.

4. Sukan memanah mencatatkan jumlah penyertaan teramai dengan keseluruhan 49 orang,berbasikal 41 orang dan sukan renang sermai 26 orang.

5. Pihak ISN memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang 2 hari TID dijalankan.

6. Selepas ini JSM akan bersama PPN akan menjalankan klinik dan juga perjumpaan bersama ibu bapa pelajar bagi menerangkan berkenaan program Pelapis di peringkat negeri.

Sekian,terima kasih.


--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated