May 25, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANTARA REGU BAWAH 20 TAHUN (PEMILIHAN SUKMA) - PERLIS

TARIKH                        : 23 dan 24  Mei 2015
TEMPAT                       : 
Dewan Kebudayaan Politektik Tuanku Syed Sirajuddin
MASA                           : 
8.30 pagi sehingga 6.30 petang


KEHADIRAN

1)     JSM Aziz Abdullah

2)     PPN Muhamad Nizam

3)     Guru Pengiring Sekolah Sukan Negeri Perlis

4)     Ahli Persatuan Sepak Takraw Perlis (Penganjur)

5)     Atlet Sepak Takraw dari PLN Perlis, SSN Perlis, Vokasional Arau dan KBG

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Bawah 20 Tahun (Pemilihan Atlet Sukma)

PERALATAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1.         Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Bawah 20 Tahun diadakan oleh Persatuan Sepak Takraw Negeri Perlis untuk memilih atlet yang akan mewakili Negeri Perlis dalam SUKMA Sarawak 2016 nanti. Kejohanan ini dijalankan pada 23 dan 24 Mei 2014 bertempat di Dewan Kebudayaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

2.         Keselurahan nya, kejohanan ini menerima penyertaan dari 12 regu iaitu 5 regu dari Pusat Latihan Negeri (PLN) yang merupakan atlet Pelapis Negeri Perlis. 4 regu dari Sekolah Sukan Negeri bawah 14 tahun, 1 regu dari SMK Vokasional Arau dan 2 regu dari Kelab KBG.

3.         Kejohanan ini dijalankan menggunakan format berkumpulan yang dipecahkan kepada 3 kumpulan (setiap kumpulan 4 pasukan) dan johan serta naib johan setiap kumpulan layak bertanding di peringkat kalah mati.

4.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis pada kejohanan amat baik dengan 3 dari regu PLN Negeri, layak ke pusingan separuh akhir iaitu PLN B, PLN C dan PLN E. PLN B muncul juara apabila menewaskan SMK Vokasional Arau dengan keputusan 2-0 diperingkat akhir. Manakala PLN C ditempat ketiga dan PLN E ditempat ke empat.

5.         Kesemua beregu yang memasuki peringkat separuh akhir pada kejohanan ini akan disenarai pendekkan dalam senarai atlet sukma dan akan di kumpulkan bersama atlet sedia ada bagi menjalani latihan dan mewakili Negeri Perlis di Sukma Sarawak 2016 nanti.

6.         Tiada sebarang kecederaan serius sepanjang kejohanan ini dijalankan.

Sekian, terima kasih.

 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated