May 3, 2015

LAPORAN PEMANTAUN PLN PELAYARAN - PERLIS

TARIKH : 2 Mei 2015
TEMPAT : PLN Timah Tasoh
MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang

KEHADIRAN
1. JSM Azro'in Mahmud
2. JSM Salehoddin 
2. Atlet 10 orang

LATIHAN 
1. Optimist, Radial, Bio Techno, Windsurfing
    - Tacking
    - Gybing
    - Follow the leaders

PERTANDINGAN
- 17th Tunku Laxamana / NSC Regatta 2015 pada 08 - 10 Mei 2015 di Port Dickson Negeri Sembilan

PERALATAN
- Bot Dinghy mengalami kebocoran

PROGRAM BINAAN
- tiada

KECEDERAAN
- tiada

ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan dengan penglibatan dari atlet kategori optimist. Latihan pagi ini dijalankan dengan atlet diberikan kelas tambahan dahulu dari jam 9 pagi hingga 11.00 pagi. Kebanyakan atlet menjalani aktiviti sekolah.
 
2. Pada pemantauan kali ini,beberapa perbincangan bersama JSM diadakan antaranya berkaitan bot dinghy yang rosak. Pihak JSM hanya menggunakan bot milik JPN Perlis untuk latihan. 

3. Pada mesyuarat JKK Bil.1/2015 yang diadakan pada 24/4/2015 yang lepas beberapa perkara dibincangkan antaranya adalah tambahan bantuan kejohanan dari pihak MSNPs untuk setiap kejohanan yang disertai oleh atlet USPTN. Tambahan ini adalah untuk menampung setiap kos yang dihadapi untuk setiap kejohanan. Antara perkara lain adalah cadangan untuk diadakan kejohanan di peringkat zon utara yang akan melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.  Selain dari itu, program tindik bersama PLN Kedah akan diadakan selepas ini.

4. Antara cadangan lain dari pihak JSM adalah pihak MSNPs dapat menyewa 'dorm' di Tasoh Lake Resort setiap minggu sebagai penginapan untuk menjalani latihan. Sewaan tersebut hanya melibatkan atlet-atlet yang dipilih persatuan untuk ke kejohanan SUKMA 2016. 

5. Kelajuan angin juga pada ketika tidak konsisten. Kadang kala angin mencecah 5 knot dan kadang kala tiada angin. Air di empangan Tasoh juga kini semakin cetek akibat cuaca yang panas yang melampau. 

6. Sehingga kini,pihak MSNPs banyak memberikan bantuan dan sokongan terhadap perkembangan sukan perahu layar di Negeri Perlis.

Sekian,terima kasih. 

--
Akmal Syarifuddin Ahmad
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated