Feb 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUN PLN BERBASIKAL

TEMPAT : MSNPs
TARIKH : 26 Feb 2016
MASA : 5.45pm
KEHADIRAN : Jsm Narisara
                           Atlet : L 6, W 4.
                           Peg : Sdo,KU USPTNPs

ULASAN : 
Sepuluh orang atlet baru hasil dari program tid pada 18 feb yang lalu di SMK Syed Sirajuddin Arau hadir bagi menjalani sesi latihan asas berbasikal di MSNPs. JSM Narisara memaklumkan kehadiran tersebut merupakan sebahagian atlet yang tersenarai dalam pemilihan program tid tersebut. Atlet baru ini akan menjalani latihan asas berbasikal selama 3 bulan di sekitar MSNPs bagi membiasakan diri atlet dengan program latihan sebenar di jalan raya yang akan dilaksanakan jsm nanti. JSM memaklumkan bahawa dia dan pihak isn akan memantau tahap kecergasan atlet ini dari masa kesemasa dan kehadiran, bagi memastikan atlet-atlet baru ini terus minat dan kekal dalam program. Atlet yang kurang berminat dan jarang hadir dalam sesi latihan akan diambil tindakan untuk tidak disenaraikan dalam program latihan dibawah MSNPs dan USPTNPs.




No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated