Oct 21, 2016

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL WANITA PELAPIS NEGERI SIRI 1/2016

TARIKH          : 16 - 22 Oktober 2016 (hari ke-5)
TEMPAT         : Hotel Fair Park, Perak
MASA             : 8 pagi - 10.00 malam

KEHADIRAN

1.    Keseluruhan : 32 orang Atlet Wanita
2.    2 orang Jurulatih Pelapis Kebangsaan
3.    1 orang JPM 
4.    6 orang JSM
5.    3 orang SDO
6.    1 orang Pegawai MSN

UJIAN

Tiada.

LATIHAN

Latihan Lebuhraya dan Latihan Kemahiran.

PERTANDINGAN

Tiada.

KECEDERAAN

Separuh daripada peserta mengalami keracunan makanan.

ULASAN

1.    Hari ke-5 kem bakat berbasikal dimulakan dengan latihan lebuhraya sejauh 30KM dima hanya separuh peserta sahaja melakukan kayuhan kerana kebanyakkan atlet mengalami keracunan makanan. Sesetangah daripada mereka yang mengalami keracunan makanan melakukan kayuh ringan di Kompleks Sukan Negeri Perak sahaja. Pada sesi latihan kemahiran, mereka tidak dapat meneruskan latihan kerana mengalami ketidakselesaan yang teruk. Jurulatih Pelapis Kebangsaan memutuskan untuk menamatkan latihan tersebut kerana Jabatan Kesihatan Negeri Perak sedang menunggu di hotel untuk pemeriksaan.

2.    Setelah perbincangan dijalankan dengan pihak atasan, Kem Bakat Wanita ditamatkan serta merta kerana keracunan makanan yang teruk. Peserta diberikan rehat di bilik masing-masing sementara menunggu majlis penutupan pada jam 9.00 malam oleh Ketua Unit Negeri Perak.

3.   Majlis penutupan diadakan dengan merumus segala latihan yang dijalankan dan juga penyampaian hadiah serta sijil kepada peserta.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated