Sep 19, 2014

KEM BAKAT SUKAN SEPAK TAKRAW PELAPIS NEGERI 2014 - HARI KE-3(18 Sept 2014)

18 september, Dewan MSN Keramat - Kem bakat sukan sepak takraw pelapis negeri 2014 telah memasuki hari ke-3(semalam). Pada hari ke-3, aktiviti telah dimulakan dengan kerjasama daripada Institut Sukan Negara iaitu dengan menjalankan ujian kecergasaan terhadap atlet yang terlibat dengan kem bakat yang telah diadakan di dewan Biomakenik ISN Bukit Jalil.
          Pada sesi petang, aktiviti telah dijalan kan pada jam 2 petang dengan aktiviti video analisis yang dijalankan oleh En. Fahmi Bin Abdul Jalil. Aktiviti ini dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada satu satu pasukan. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti kemahiran "ball control" yang dikesan menjadi kelemahan setiap atlet sepak takraw negara. Kemahiran-kemahiran asas telah ditunjukkan oleh jurulatih Elit negara iaitu Prawit. 
          Sesi malam dijalankan dengan aktiviti "team building" oleh En.Yusof yang dijemput untuk memberi latihan ini. Hasil daripada aktiviti ini, atlet dapat memahami konsep di dalam sesuatu pasukan. Konsep sesuatu pasukan sangat penting untuk kejayaan sesebuah pasukan.
          Aktiviti berakhir pada jam 10.30 malam, semua atlet bergerak pulang ke tempat penginapan di Hotel Safari, Ampang.


No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated