Sep 19, 2014

KEM BAKAT SUKAN SEPAK TAKRAW PELAPIS NEGERI 2014 - HARI KE-4

TARIKH          : 9 Jun 2014
TEMPAT         : MSN Keramat
MASA             : 8 pagi - 10.30 malam

KEHADIRAN

1.    Keseluruhan : 31 orang Atlet lelaki
2.    2 orang JPM Negeri
3.    1 orang JSM Negeri
4.    1 orang Jurulatih Elit Kebangsaan
5.    3 orang atlet kebangsaan
6.    3 orang SDO
7.    1 orang Pegawai MSN



UJIAN

Tiada.

LATIHAN

Kemahiran mengawal bola

PERTANDINGAN

Tiada.

KECEDERAAN

Seorang atlet Perlis mengalami kecederaan Ankle Sprain.

ULASAN

1.    Program pada hari ini dimulakan dengan pembarisan pagi dengan nyayian negaraku dan bacaan doa. Sesi pagi diteruskan dengan sesi pemanasan badan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih iaitu Tuan Haji Ismail.

2.    Latihan sesi pagi dilakukan oleh jurulatih Elit negara iaitu Prawit dengan aktiviti mengawal bola menggunakan kaki, kepala dan paha.

3.    ‎Sesi petang ini dimulakan pada jam 2.30 dengan aktiviti "video analisis" yang dikendalikan oleh En. Fahmi dari ISN. Latihan di sebelah petang diteruskan dengan jurulatih Elit kebangsaan iaitu Prawit, dimana atlet diberi penekanan pada kemahiran mengawal bola.

4.   ‎Sesi malam diteruskan dengan program motivasi dari En.Suhardi Alias dari bahagian organisasi MSN negara. Intipati program ini memberi kesedaran kepada atlet tentang masa hadapan sukan sepak takraw dan atlet itu sendiri.

5.   Program bersurai sekitar jam 10.00 malam.

Sekian, terima kasih













No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated