Nov 30, 2014

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN BERBASIKAL TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014

TARIKH : 30 November 2014
TEMPAT : Veledrom Cheras

KEPUTUSAN (Hanya melibatkan atlet Perlis sahaja)

200M SPRINT SUKU AKHIR WANITA BAWAH 15 TAHUN

Heat 4

Arianna Prom Wichit - Perlis ( x ) 
   Nur Fasihah Atikah Mohd Yusni - Selangor (14.879s)

200M SPRINT TEMPAT KE 5 - 8 WANITA BAWAH 15 TAHUN

5. Nurainna Syarah Amran - Akademi Serantau MSN
6. Arianna Promwichit - Perlis
7. Maziatul Azzua Alias - Sarawak

ULASAN

1. Hari terakhir atlet Perlis hanya melibatkan diri bagi acara 200M wanita bawah 15 tahun sahaja dan keputusan kurang memuaskan apabila Arianna tewas kepada atlet Selangor dalam saingan Suku Akhir.

2. Keseluruhan bagi kejohanan kali ini, terdapat banyak kekurangan dari segi persiapan atlet kerana ada diantara atlet yang berehat panjang bagi menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM. 

4. Catatan masa peribadi juga menurun bagi sesetengah atlet dan pasukan Perlis kali ini juga tidak berjaya mempertahankan pingat bagi acara team sprint lelaki 16-18 tahun. 

5. Walaubagaimanapun, kekecewaan sedikit terubat apabila atlet bawah 15 tahun lelaki iaitu Nazarul Nazmir Nur Hisham berjaya membawa pulang 1 perak dan 1 gangsa bagi acara 500M dan Scratch selain berjaya merekodkan catatan baru peribadi bagi acara 3KM Individu Pursuit.

6. Selepas ini, seorang atlet Perlis akan menjalani latihan tindik bersama Pelapis Kebangsaan, seorang atlet menjalani pemilihan dalam Kem ACC manakala 3 atlet lagi akan menghadiri Kem Program Khas Jangka Panjang T20 di Kuala Lumpur. 

7. Fokus seterusnya di peringkat negeri adalah melahirkan lebih ramai atlet diperingkat sekolah terutamanya atlet wanita. Beberapa program telah dirancang bagi tujuan tersebut. 

8. Dari aspek pengadilan (komisar), perlu lebih tulus kerana beberapa keputusan yang dibuat menyebabkan mental atlet menurun. Pihak penganjur perlu lebih adil jika terdapatnya bantahan dari pihak pasukan. 

Sekian,terima kasih.






No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated