Nov 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU

TARIKH                        : 21 November 2014
TEMPAT                       : 
Gelanggang Tinju Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 
5.30 – 6.30 Petang


KEHADIRAN

1)     PPN Muhamad Nizam

2)     Mohd Shazreen Azni (Atlet SUKMA)

3)     5 orang atlet

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warm Up

2)     5 kilo slow jog

3)     Core exercise

4)     Shadow boxing

5)     Sparring partner

6)     Cooling down

PERTANDINGAN

Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan 3/2014

KECEDERAAN

-Tiada-

ULASAN

1.          Latihan pada hari ini dijalankan seperti biasa tanpa kehadiran JSM Hamzah Abdullah kerana beliau menghadiri Bengkel Pengukuhan Jurulatih Pelapis Negeri di Kuala Lumpur anjuran Cawangan Pelapis.

2.            Ketiadaan JSM Hamzah Abdullah diisi oleh Mohd Shazreen Azni yang merupakan atlet tinju SUKMA Perlis yang memenangi pingat gangsa pada edisi SUKMA Perlis yang lalu. Beliau sedang bercuti dari pengajiannya.

3.         PPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi membantu dalam sesi latihan tersebut.

4.         Kehadiran atlet adalah seramai 5 orang dan mereka dalam persiapan menghadapi kejohanan terakhir dalam tahun ini iaitu Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan 3/2014 yang akan berlangsung pada 25 – 29 November di Kompleks Sukan MSN Keramat, Kuala Lumpur.

5.         Tiada sebarang kecederaan berlaku sepanjang latihan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated