Mar 25, 2015

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS NEGERI PERINGKAT ZON UTARA SIRI 01/2015

TARIKH                        : 20 – 22 Mac 2015
TEMPAT                       : 
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
MASA                           : 
8.00 Pagi – 7.00 Petang


KEHADIRAN

1)     En. Vimalan (Pengurus Sukan Cawangan Pelapis)

2)     En. Farid Fauzi (Ketua Unit USPTN Kedah)

3)     En. Mahazir Baharom (Pemangku Ketua Unit USPTN Perlis)

4)     Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

5)     Staff Sokongan USPTN Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

6)     Pelajar Praktikal USPTN Perlis dan Pulau Pinang

7)     JSM Negeri

a.     Perlis                - 11 orang

b.    Kedah               - 22 orang

c.     Pulau Pinang     - 24 orang

8)     Atlet Pelapis Negeri

a.     Perlis                - 137 orang (98 lelaki, 39 wanita)

b.    Kedah               - 141 orang (97 lelaki, 44 wanita)

c.     Pulau Pinang     - 130 orang (93 lelaki, 36 wanita)

PERTANDINGAN

Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 01/2015

KEPUTUSAN PENUH

KEDUDUKAN PINGAT KESELURUHAN


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

KEDAH

56

38

28

122

2

PULAU PINANG

31

34

28

93

3

PERLIS

24

28

19

71

JUMLAH

111

100

75

286

 

KEDUDUKAN PINGAT MENGIKUT SUKAN


ANGKAT BERAT


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

PULAU PINANG

17

11

13

41

2

KEDAH

12

5

1

18

3

PERLIS

3

5

3

11

JUMLAH

32

21

17

70

 

OLAHRAGA


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

KEDAH

23

12

8

43

2

PERLIS

9

11

9

29

3

PULAU PINANG

7

15

15

37

JUMLAH

39

38

32

109

 

SEPAK TAKRAW


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

PERLIS

2

3

2

7

2

PULAU PINANG

2

1

1

4

3

KEDAH

0

1

4

5

JUMLAH

4

5

7

16

 

MEMANAH


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

KEDAH

19

11

13

43

2

PERLIS

1

4

3

8

3

PULAU PINANG

0

5

4

9

JUMLAH

20

20

20

60

 

TINJU


RANK

NEGERI

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

1

PERLIS

9

5

2

16

2

PULAU PINANG

5

2

1

8

3

KEDAH

2

9

2

13

JUMLAH

16

16

5

37


ULASAN

1.         Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 01/2015. Sebanyak 5 buah jenis sukan telah dipertandingkan di dalam kejohanan ini iaitu sukan Angkat Berat, Memanah, Olahraga, Tinju dan Sepak Takraw yang telah berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pada 20 hingga 22 Mac 2015

2.         Kejohanan ini melibatkan 3 buah negeri di Zon Utara iaitu Negeri Kedah, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Perlis dengan penglibatan seramai 408 orang atlet. 141 orang atlet dari Kedah (97 lelaki, 44 wanita), 130 orang atlet dari Pulau Pinang (93 lelaki, 36 wanita) dan 137 orang atlet dari Perlis (98 lelaki, 39 wanita). Turut mendapat sambutan dari beberapa buah sekolah dan kelab sekitar Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam beberapa sukan seperti Olahraga dan Memanah.

3.         Seramai 95 orang teknikal yang terbahagi kepada 5 sukan telah terlibat bagi menganjurkan Kejohanan Pelapis Negeri Peringkat Zon Utara Siri 01/2015 ini. Bagi sukan Memanah, seramai 20 orang teknikal terlibat iaitu 15 orang lelaki dan 5 orang wanita yang merupakan Ahli Persatuan Memanah Negeri Perlis. 40 orang teknikal untuk sukan Olahraga dari Persatuan Olahraga Negeri Perlis iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang wanita. 10 orang teknikal bagi sukan Sepak Takraw yang terdiri dari pada 10 orang lelaki dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. 17 orang teknikal bagi sukan Angkat Berat yang merupakan atlet Negeri Perlis yang terbahagi kepada 13 orang lelaki dan 4 orang wanita. Manakala bagi sukan tinju seramai 8 orang teknikal terlibat yang datangnya dari Persatuan Tinju Amatur Malaysia. Namun, terdapat sedikit masalah berkaitan sukan tinju yang melibatkan teknikal yang cuba untuk memohon elaun yang tinggi berbanding kadar asal.

 

4.         Prestasi atlet Pelapis Negeri Perlis agak memuaskan bagi semua sukan dimana setiap sukan berjaya menyumbang pingat kepada Negeri Perlis. Sukan tinju dan Olahraga menjadi penyumbang utama pingat bagi Negeri Perlis dengan masing-masing menyumbangkan 9 emas, 5 perak dan 2 gangsa bagi sukan Tinju. 9 emas, 11 perak dan 9 gangsa bagi sukan Olahraga diikuti oleh sukan Angkat Berat sebanyak 3 emas, 5 perak dan 3 gangsa. Sepak Takraw 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa serta sukan memanah 1 emas, 4 perak dan 3 gangsa. Atlet Pelapis Negeri Perlis akan cuba meningkatkan prestasi dan pungutan pingat pada edisi kedua yang akan diadakan di negeri Kedah nanti.

5.         Cuaca sepanjang kejohanan berlansung agak baik pada sebelah pagi dan mula panas terik pada sebelah petang. Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.

 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated