Mar 11, 2015

LAPORAN PROGRAM TID AM FASA 01/2015 - PERLIS

TARIKH                        : 03 – 05 Mac 2015
TEMPAT                       : 
SK Rimba Mas (Padang Besar), Arena Futsal (Kangar), SK Arau (Arau)
MASA                           : 
8.00 Pagi – 2.00 Petang


KEHADIRAN

1)     Pemangku Ketua Unit USPTNPs

2)     4 Pegawai Pembangunan Negeri (PPN) USPTNPs

3)     5 Pegawai Institut Sukan Negara (ISN-TID)

4)     2 Pegawai Institut Sukan Negara Satelit Perlis

5)     3 Staff Sokongan USPTNPs

6)     3 Staff Majlis Sukan Negeri Perlis

7)     Guru-guru Pengiring

8)     209 Atlet (110 lelaki dan 99 perempuan)

UJIAN

1)     Anthropometric (Tinggi, Berat dan Panjang Depa)

2)     Standing Broad Jump

3)     Sit and Reach

4)     Agility Test (10 meter Ulang Alik)

5)     30 meter Speed Test

6)     Bleep Test

LATIHAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

-Tiada-

PERALATAN

Peralatan TID

KECEDERAAN

-Tiada-

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1.         Program TID Am Fasa 1/2015 anjuran Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan kerjasama Institut Sukan Negara ini dijalankan selama 3 hari iaitu pada 03 hingga 05 Mac 2015 yang melibatkan 3 buah Parlimen iaitu Parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau. Jumlah keseluruhan pelajar yang menyertai program TID ini adalah seramai 209 orang pelajar iaitu 110 orang pelajar lelaki dan 99 orang pelajar perempuan.

2.         Ujian yang dijalankan bagi program TID ini adalah seperti ujian Anthropometric iaitu ujian bagi mengukur tinggi, berat dan panjang depa pelajar. Ujian lain adalah seperti ujian Standing Broad Jump, Sit and Reach, Agility Test (10 meter ulang alik), 30 meter Speed Test dan Bleep Test.

3.         Bagi Parlimen Padang Besar, program TID ini jalankan di Sekolah Rendah Rimba Mas pada 03 Mac 2015, seramai 27 orang pelajar iaitu 12 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan telah hadir untuk menyertai program ini.

4.         Bagi Parlimen Kangar, program TID ini jalankan di Arena Futsal Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pada 04 Mac 2015, seramai 66 orang pelajar iaitu 30 orang pelajar lelaki dan 36 orang pelajar perempuan telah hadir untuk menyertai program ini.

5.         Bagi Parlimen Arau, program TID ini jalankan di Sekolah Rendah Arau pada 05 Mac 2015, seramai 116 orang pelajar iaitu 68 orang pelajar lelaki dan 48 orang pelajar perempuan telah hadir untuk menyertai program ini

6.         Tiada sebarang isu atau masalah timbul sepanjang program ini dijalankan kerana mendapat kerjasama sepenuhnya dari sekolah dan pihak-pihak yang telibat dalam menjayakan program ini.

7.         Senarai penuh nama atlet yang terpilih untuk diserap masuk ke dalam Program Pelapis Negeri akan diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara setelah mereka selesai mengenal pastinya melalui keputusan ujian setiap peserta yang menyertai program ini.

8.         Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

Sekian, terima kasih.

 

MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated