Mar 6, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAK TAKRAW - PERLIS

TARIKH                        : 05 Mac 2015
TEMPAT                       : 
Dewan Terbuka Majlis Sukan Negeri Perlis
MASA                           : 
5.30 Petang


KEHADIRAN

1)     JSM Rosli Mansur

2)     JSM Aziz Abdullah

3)     PPN Muhamad Nizam

4)     24 orang atlet

UJIAN

-Tiada-

LATIHAN

1)     Warm Up

2)     Kemahiran Individu

3)     Latih Tubi

4)     Servis

5)     Breakall (laju)

6)     Cooling Down 

PERTANDINGAN

Kejohanan Sepak Takraw Zon Utara Fasa 1/2015

PERALATAN

Tayar

KECEDERAAN

-Tiada-

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1.         Sukan Sepak Takraw merupakan salah satu sukan yang dimasukkan semula ke dalam Program Pelapis.

2.         Latihan dijalankan seperti biasa dengan kehadiran 2 orang JSM dan 24 orang atlet.

3.         JSM ada memaklumkan bahawa atlet sedang dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw MSSM yang dijadualkan berlangsung pada 13-19 Mac 2015 bertempat di Selangor. Dalam masa yang sama mereka juga dalam persiapan bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Zon Utara Fasa 1/2015.

4.         Program TID Am Fasa 1/2015 telahpun dijalankan di 3 buah Parlimen iaitu Parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau. Pelajar yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam Program Pelapis Perlis akan dipanggil setelah mendapat keputusan penuh ujian dari pihak TID ISN.

5.         Tiada kecederaan serius berlaku sepanjang sesi latihan dijalankan.

Sekian, terima kasih


MUHAMAD NIZAM BIN ALANG KARIM
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis
Majlis Sukan Negara

No comments:

Post a Comment

Please be moderate when give any comments and your contribution are highly appreciated